× -bahasa-
sound.png[klik to on/off Audio] buat portalmu dan expos karya raya mu ke seluruh dunia! #karyaraya [Klik to Login or Register]
×

view_list1.png Portall   view_list1.png Artikel   view_masonry.png Galeri   view_grid.png Cerita   view_list2.png Video  
×
  • url:
×
×
×
6 0 0 0 0 0
6
   ic_mode_light.png

Jintan Manis Untuk Kurus Serta Manfaat Lain

Jintan Manis Untuk Kurus Serta Manfaat Lain.

1. Melangsingkan badan

Khasiat jintan manis yang paling terkenal ialah untuk melangsingkan badan. Jintan manis membantu membakar lemak, meningkatkan kadar metabolisma, dan menurunkan berat badan anda dengan cepat. Kita perlu minum teh jintan manis sekurang-kurangnya 3 kali sehari sebelum mengambil makanan berat.

Namun harus diingat, untuk mendapat kesan yang optimum dari teh jintan manis ini, kita perlu menjaga pemakanan dan melakukan senaman.

Cara untuk membuat teh jintan manis ialah:

Bahan-bahannya:

1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar halba
1 biji lemon
1 batang kulit kayu manis
1 inci halia
1 batang serai
1 keping asam gelugur
3 sudu besar madu asli
Cara-caranya:

Hiris lemon nipis-nipis
Ketuk halia dan serai
Cuci semua bahan sehingga bersih
Masukkan semua bahan kecuali madu ke dalam periuk yang berisi air
Rebus sehingga mendidih
Tunggu sehingga suam
Tapis. Masukkan madu
Minum satu cawan 3 kali sehari sebelum mengambil makanan berat
Air yang selebihnya boleh disimpan didalam peti sejuk. Apabila nakn diminum, keluarkan sedikit dan panaskan.

2. Anti penuaan
Wanita yang mengamalkan jintan manis dalam menu setiap hari akan mendapati bahawa garis halus akan lambat tumbuh diwajah mereka. Ia berlaku kerana jintan manis mengandungi bahan yang melawan radikal bebas dan memastikan sel kulit mendapat oksigen yang secukupnya.

3. Mengatasi masalah kulit kering
Kita boleh menggunakan jintan manis untuk mengatasi masalah kulit kering.

Caranya:
Rendam jintan manis dalam air suam
Biarkan sehingga sejuk
Basahkan kulit yang kering dengan air rendaman jintan manis tadi, biar kering
Lakukan sehingga kulit lembab semula
kebaikan jintan manis

4. Mencerahkan Kulit
Selain melembabkan kulit, jintan manis juga boleh digunakan untuk mencerahkan kulit. Untuk mencerahkan kulit, kita boleh gunakannya sebagai toner homemade.

Bahan-bahan:
1 sudu besar jintan manis
1 mangkuk kelopak mawar. Saya membeli kelopak mawar dari kedai bunga

Cara-caranya:
Rendamkan jintan manis ke dalam 500 ml air selama 2 jam
Rebus kelopak mawar dalam 500 ml air sehingga mendidih
Tapiskan jintan manis dari air rendamannya selepas 2 jam
Tapis kelopak mawar selepas airnya sejuk
Campurkan kedua-dua air rendaman jintan manis & air rebusan kelopak mawar
Masukkan kedalam botol spray
Gunakan sebagai toner untuk disembur kewajah setiap kali selepas anda mencuci muka
Simpan toner homemade ini didalam peti sejuk
Tahan sehingga satu bulan

5. Scrub muka
Boleh gunakan jintan manis sebagai scrub muka homemade. Kosnya sangat murah dan mudah untuk disediakan.

Cara-caranya:
Ambil 1 sudu besar jintan manis, rendam dalam 1 sudu besar air
Biarkan sehingga kembang
Jadikan sebagai scrub muka
Amalkan 2 kali seminggu

6. Mencegah uban
Jintan manis mengandungi pelbagai mineral seperti kalsium, kalium, besi, zink, selenium dan mangan yang bertindak sebagai antioksidan untuk menguatkan dan menyihatkan akar rambut supaya lambat menjadi uban.

Caranya ialah minum air rendaman jintan manis setiap pag

❮ PREVIOUS
NEXT ❯
ArtikelinfoduniaFakta UnikFlora dan FaunaInformasi MenarikKesehatanTrik dan tipsLife Hack
+