× -bahasa-
sound.png[klik to on/off Audio] buat portalmu dan expos karya raya mu ke seluruh dunia! #karyaraya [Klik to Login or Register]
×

view_list1.png Portall   view_list1.png Artikel   view_masonry.png Galeri   view_grid.png Cerita   view_list2.png Video  
×
  • url:
×
×
×
8 0 0 0 0 0
8
   ic_mode_light.png

10 MAKANAN MENGURANGKAN KOLESTROL �JAHAT�, NO 5 RAMAI YANG TAK TAHU KELEBIHANNYA.

10 MAKANAN MENGURANGKAN KOLESTROL “JAHAT”, NO 5 RAMAI YANG TAK TAHU KELEBIHANNYA.



1. Biji ketumbar
Bukan sahaja membantu mengurangkan jumlah kolesterol dalam badan malah dapat merawat penyakit kencing manis.

Amalkan: Masukkan dua sudu biji ketumbar dalam satu cawan air dan rebus. Tapis airnya dan minum dua kali sehari. Untuk lebih enak, tambah gula atau susu.

2. Bawang merah
Saintis di Hong Kong mendapati bawang merah boleh membuang kolesterol yang jahat dan meningkatkan kolesterol yang baik

Amalkan: Masukkan bawang merah, halia dan bawang putih dalam menu diet. Minum campuran jus bawang bersama madu setiap hari.

3. Indian gooseberry , amla atau buah pokok Melaka
Agen hypolopidemic semula jadi yang menurunkan kolesterol jahat

Amalkan: Ia boleh didapati dalam bentuk serbuk. Masukkan satu sudu serbuk dalam segelas air suam dan minum setiap pagi sewaktu perut kosong

4. Cuka epal
Mengurangkan jumlah kolesterol level triglyceride, iaitu kandungan lemak dalam darah. Ia juga baik untuk merawat penyakit darah tinggi, gout dan acid reflux

Amalkan: Campurkan satu sudu cuka dalam segelas air. Minum dua hingga tiga kali sehari setiap hari. Untuk lebih enak, boleh gantikan air suam dengan jus oren, jus epal atau jus kegemaran.

5. Jus oren
Minum jus oren selalu kerana ia mengandungi vitamin C, folate dan flavanoids yang membantu mengurangkan kolesterol dalam darah

6. Minyak kelapa organik
Mengandungi asid lauric yang dapat meningkatkan kolesterol ‘baik’

Amalkan: Makan satu hingga dua sudu setiap hari.

7. Oat
Mengurangkan kolesterol dan mencegah penyerapan kolesterol ‘jahat’

Amalkan: satu cawan oat bersamaan tiga gram serat dan beta-glucan. Boleh tambah buah atau walnut untuk menyedapkan hidangan oat

8. Minyak ikan
Mengurangkan lemak dalam darah dan mengatasi masalah jantung

Amalkan: minyak ikan atau ikan mentah seperti tuna, salmon, sardin, trout dan bluefish kaya dengan lemak omega Makan satu hingga empat gram lemak omega 3 setiap hari.

9. ‘Red Yeast Rice’
Mengandungi kompaun monacolins yang mengurangkan kolesterol

Amalkan: Boleh dibeli di farmasi dalam bentuk tablet, ia boleh dimakan dua kali sehari. Dapatkan dahulu nasihat daripada doktor sebelum mengambilnya. Tidak digalakkan untuk wanita hamil dan menyusu.

10. Kekacang
Walnut, almond dan segala jenis kacang mengawal kolesterol daripada berkumpul dalam badan memandangkan ia kaya dengan serat

Amalkan: Makan seperti snek dalam kadar segenggam setengah

Singkirkan kolesterol ‘jahat’ daripada badan! Betulkan salah tanggapan tentang kolesterol dan pastikan anda mengambil makanan yang sesuai untuk mengawal parasnya dalam badan.

jadi, simpanlah stok makanan di atas bagi anda yang memang telah didiagnos sebagai ‘tinggi kolesterol’ dan dinasihati oleh doktor.

Untuk mengurangkan kolesterol ‘jahat’ daripada terus berkumpul dalam badan, pastikan juga anda mengamalkan cara hidup sihat. Ini sekaligus akan memelihara daripada dijangkiti penyakit yang disebabkan oleh kolesterol ini.

Klik #SHARE untuk manfaat bersama ?

❮ PREVIOUS
NEXT ❯
ArtikelinfoduniaKesehatanInformasi MenarikFlora dan FaunaLife HackTrik dan tips
+